Cari @ Amanz

Belanjawan 2010 akan dibentangkan dalam beberapa jam sahaja lagi, dan menariknya, MDeC, salah satu badan dibawah MSC Malaysia mempunyai beberapa harapan dalam menggalakkan Industri Kecil dan Sederhana melabur dalam teknologi ICT, suapaya ianya membawakan pertumbuhan kepada industri negara.

Malaysia mempunyai banyak syarikat kecil dan sederhana, tetapi kurang menggunakan ICT dalam meningkatkan pendapatan mereka, justeru itu, cEO MDeC berharap lebih banyak insentif diberikan untuk membantu penggunaan teknologi dalam industri kecil dan sederhana.

Pada masa yang sama, PIKOM turut berharap agar Belanjawan 2010 menyertakan sekali insentif untuk mengalakkan penggunaan PC di Malaysia. Pada masa kini, sebanyak 35% pengguna mempunyai PC di rumah, berbanding dengan negara lain yang sudah mencecah 75%. Sebelum ini, pada tahun 2000, kerajaan ada memperkenalkan skim membeli komputer melalui wang KWSP, namun perkara tersebut dihentikan selepas dua tahun disebabkan penyalah-gunaan duit KWSP untuk membeli perkara lain.

Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak (@NajibRazak) bakal membentangkan Belanjawan 2010 petang ini, yang mana anda boleh ikutinya melalui laman Kementerian Kewangan Malaysia. Anda juga boleh mengikuti siaran Belanjawan 2010 melalui Hypp.TV bermula jam 4.00 petang ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd