Cari @ Amanz

Semalam, bersama-sama pelancaran Windows 7, Apple mengumumkan pada masa yang sama iaitu mereka kini menyokong sistem operasi Windows 7 melalui Snow Leopard dan juga Boot Camp. Untuk membolehkannya, anda hanya perlu mengemaskini perisian anda, supaya Boot Camp boleh menyokong sistem operasi Windows 7, sama seperti versi Windows yang lain.

Melalui sebuah dokumen khas, Apple memaklumkan yang mana Mac akan menyokong Windows 7 (home Premium, Professional, dan juga Ultimate) melalui Boot Camp yang terdapat pada Snow Leopard. Walaubagaimanapun proses ini mengambil masa sedikit, dan sokongan sepenuhnya bakal diperkenalkan menjelang akhir tahun ini.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, beberapa komputer Mac yang lama, masih tidak menyokong Windows 7 melalui Boot Camp. Kebanyakkan mesin yang tidak disokong adalah keluaran tahun 2006 dan sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd