Setelah beberapa ura-ura kedengaran berkenaan rekabentuk semula laman Facebook, kini rekabentuk baru tersebut sudah boleh dilihat dan dicuba pada Facebook. Antara perkara baru yang diperlihatkan adalah fungsi untuk melihat News Feed ataupun Live Feed.
Pilihan Live Feed dan News Feed Pada Facebook
Setelah anda log masuk ke laman Facebook, anda akan dapat melihat kemaskini semasa rakan-rakan anda dalam dua bentuk berbeza, iaitu News Feed dan juga Live Feed. Secara asasnya, News Feed memperlihatkan anda berita-berita dan kemaskini status rakan-rakan anda yang menarik, dan sebaliknya, Live Feed memperlihatkan segala kemaskini rakan-rakan anda mengikut masa. Pada masa yang sama, anda boleh mengubah apa yang anda ingin lihat pada halaman utama anda melalui pautan Edit Options pada bahagian bawah halaman tersebut.
Pada masa yang sama, Facebook juga kini memperlihatkan perubahan pada profail rakan anda, seperti rakan terkini yang di tambah, dan sebagainya, membolehkan anda mengikuti rakan-rakan anda dengan lebih mudah lagi. Kemaskini rekabentuk ini diperkenalkan hari ini, dan sudah boleh dicuba oleh semua pengguna.