Cari @ Amanz

Bagi yang mengikuti perkembangan semasa Windows 7, sudah semestinya mengetahui akan pelancaran Windows 7 secara rasminya tempoh hari. Windows 7 kini sudah mulai dijual di Malaysia dimana Windows 7 Ultimate berharga RM648.00, Windows 7 Home Premium berharga RM368.00 dan juga Windows 7 Professional berharga RM 478.00.

Selain daripada tiga versi ini, terdapat satu versi tambahan, iaitu Windows 7 Starter yang mana berharga RM148.00. Cuma pada Windows 7 Starter, anda tidak boleh menggunakan fungsi skrin sentuh beserta beberapa fungsi tambahan lain padanya. Starter didatangkan dengan segala fungsi asas untuk anda mempelajari terlebih dahulu sistem operasi terbaru dari Microsoft ini.

Harga Windows 7 di Malaysia kelihatan lebih kurang dengan harga Windows Vista yang diperkenalkan sebelum ini oleh Microsoft. Sekiranya anda baru sahaja terbeli sistem operasi Windows Vista, mungkin anda boleh mengemaskini sistem operasi anda secara percuma kepada Windows 7 mengikut pakej Windows Vista yang dibeli oleh anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd