P1 WiMax vs Streamyx : Perang Iklan Bermula

P1 WiMax vs Streamyx : Perang Iklan Bermula

Diterbitkan pada Okt 25, 2009 oleh .

Jikalau sebelum ini kita sering lihat persaingan dalam iklan melalui iklan Microsoft Windows dan Apple Mac sahaja, kini budaya tersebut turut pada pengiklanan di Malaysia. Terbaru ianya melibatkan dua syarikat penyedia ISP negara iaitu P1WiMax dan juga TM Streamyx.

Ianya semua bermula dengan pakej P1 WiMax yang mana mula dipromosikan dengan ayat POTONG yang mana membawa simbolik supaya para pengguna memotong Streamyx dan menggunakan servis mereka yang tidak memerlukan sebarang wayar.

Terkini, untuk mendapatkan balik para pengguna mereka, Streamyx membalas kembali iklan P1 Wimax dengan sesuatu yang lebih dasyat lagi berdasarkan pengalaman beberapa pengguna. Lebih menarik lagi, model yang digunakan dikatakan adalah mirip kepada CEO P1 WiMax itu sendiri, iaitu Michael Lai.

Streamyx vs P1 WiMax
Iklan Streamyx Yang Terkini [via]

Sebelum ini, industri ISP negara dimonopoli oleh TM melalui Streamyx sebelum kini ianya disertai oleh beberapa syarikat lain, termasuk penyedia rangkaian telefon seperti DiGi, Maxis, Celcom melalui perkhidmatan Broadband masing-masing beserta dengan syarikat-syarikat baru seperi P1 WiMax dan sebagainya. Buat masa ini, P1 WiMax hanya disokong dibeberapa kawasan utama, dan dikatakan ianya menyediakan sambungan internet yang lebih stabil berbanding dengan Streamyx.

Tips daripada Khai. Hantarkan tips anda berkaitan teknologi dan komputer kepada @AmanFirdaus


TIPS & ULASAN