Laman AVG Kini Dalam Bahasa Malaysia

Laman AVG Kini Dalam Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Okt 26, 2009 oleh .

AVG merupakan antara antivirus percuma yang banyak diguna pakai oleh rakyat Malaysia, dan mengambil berat perkara ini, kini pihak pembangun AVG menawarkan pilihan Bahasa Malaysia pada laman web mereka, membolehkan para pengguna melayari laman web mereka dalam bahasa ibunda kita.

AVG Malay
Laman AVG Kini Dalam Bahasa Malaysia

Sebelum ini, AVG telah melancarkan AVG 9.0 diikuti dengan AVG Free 9.0 iaitu aplikasi antivirus percuma pertama yang menyokong sepenuhnya Windows 7 sejak versi beta lagi. Sebelum ini, pada bulan Ogos yang lalu, AVG telah pun memperkenalkan aplikasi sekuriti mereka dalam versi bahasa Melayu melalui dua produk mereka iaitu AVG Internet Security 8.5 dan juga AVG Anti-Virus 8.5.

Melalui suatu kajian rambang yang dilakukan, kita dapat lihat yang mana AVG dan Avast merupakan antara antivirus percuma yang digemari dikalangan rakyat Malaysia, dan aplikasi antivirus berbayar yang diminati oleh rakyat Malaysia adalah Kaspersky. Pada masa yang sama, kini Microsoft turut menyediakan aplikasi antivirus ringan dan percuma daripada mereka yang dikenali sebagai Security Essentials.

Tips oleh ZulHelmy. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus.


TIPS & ULASAN