Panda Security kini dalam pembangunan terakhir dalam memperkenalkan aplikasi sekuriti pertama yang mana mengguna-pakai konsep Cloud, selain menawarkan antivirus secara percuma kepada pengguna Windows. Terkini, Free Panda Cloud Antivirus Beta 3 untuk Windows 7 boleh dimuat-turun dan diuji dikomputer anda.
Antaramuka CloudAV
Pembangunannya, amat drastik dan versi akhirnya mungkin akan dilepaskan dalam masa terdekat ini. Melalui Beta 3, ianya membawakan prestasi imbasan yang dipertingkatkan, selain mengurangkan penggunaan sumber tenaga berbanding sebelumnya.
Pada masa yang sama, Panda Security juga memperkenalkan laman web serba baru untuk para pengguna memuat-turun dan mengikuti perkembangan antivirus Panda yang berasaskan Cloud itu di CloudAntiVirus.com. Untuk menggunakan Cloud Antivirus ini, anda memerlukan satu akaun khas, dan anda boleh mendapatkan akaun tersebut secara percuma melalui pendaftaran ringkas.