Carian
Pindahkan Duit PayPal Ke Akaun Bank Tempatan
October 28, 2009 Aman

Sebelum ini, kita sudah sedia maklum yang mana PayPal telah memperkenalkan transaksi dalam Ringgit Malaysia, sekaligus turut mempermudahkan para usahawan internet Malaysia untuk berurusan dan melakukan transaksi secara dalam talian. Menariknya, anda juga boleh secara terus memindahkan duit PayPal anda terus ke bank tempatan dengan amat mudah sekali.

Kini, secara rasminya PayPal membolehkan anda mengintegrasikan akaun PayPal anda dengan sebarang bank di Malaysia yang tersenarai sebagai sebahagian daripada rangkaian MEPS. WebShaper menyediakan tutorial ringkas untuk mengintegrasikan kedua-dua akaun ini dengan mudah.

PayPal Maybank
Tambah Akaun Bank Tempatan Di PayPal [via]

Secara ringkasnya, anda hanya perlu log masuk ke akaun PayPal anda, dan seterusnya pada akaun anda, anda hanya perlu menambah akaun bank di Malaysia. Terdapat lebih kurang 21 bank yang tersenarai, dan anda hanya perlu memilih salah-satu daripadanya.

Tips oleh Awqi Zar. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus atau tuliskan di halaman FaceBook Amanz Network

Komen