Similar Images : Carian Imej Di Google Makin Menarik

Similar Images : Carian Imej Di Google Makin Menarik

Diterbitkan pada Okt 28, 2009 oleh .

Google sentiasa dikenali kerana inovasi demi inovasi yang diperkenalkan oleh mereka dari masa ke semasa. Selepas memperkenalkan carian sosial semalam, hari ini, mereka melepaskan fungsi carian imej serupa yang mana telah dibangunkan di Google Labs sebelum ini. Kini fungsi tersebut telah menjadi salah satu fungsi teras pada Google Image Search.

Piramid
Contoh Carian Similar Images Pada Google

Kini, setiap kali anda lakukan carian imej pada Google, anda akan melihat pautan “Find Similar Images” dibawah setiap hasil carian yang dipaparkan. Dan sekiranya anda klik akan pautan tersebut, anda akan dipaparkan dengan koleksi imej-imej dan gambar yang lebih kurang dengan gambar asal, sekaligus mempermudahkan anda melakukan carian imej yang menarik minat anda. Menarik bukan~


TIPS & ULASAN