Carian
UMobile Menawarkan Pakej Jalur Lebar Serba Baru
October 29, 2009 Aman

UMobile yang kelihatan senyap akhir-akhir ini, terkini telah memperkenalkan pakej jalur lebar yang serba baru semalam. Daripada hanya satu pakej yang ditawarkan sebelum ini, kini UMobile menawarkan tiga pakej jalur lebar, dan satu pakej data plan.

UMobile Broadband
Pakej Yang Di Tawarkan UMobile

Pakej baru yang ditawarkan oleh UMobile Broadband menawarkan kelajuan bermula 384 kbps sehingga selaju 3.6 mpbs. Menariknya sekirana anda bukanlah pengguna internet yang tegar, anda boleh mengambil pakej semurah RM10 yang mana membolehkan anda menggunakan data sehingga 100MB. Walaubagaimanapun, pakej UB10 yang bernilai RM10 hanya ditawarkan kepada para pengguna telefon bimbit sahaja. Pada masa yang sama, UMobile Broadband turut menawarkan pakej UB20 dan UB40 yang mana masing-masing membawakan kelajuan sehingga 1.0 mbps.

Bagi mengguna UMobile yang menggunakan lebih daripada penggunaan data yang dibenarkan, mereka akan dicaj pada kadar penggunaan sebanya RM0.01 per KB.

Komen