Mozilla Menyelesaikan 6 Masalah Sekuriti Pada Firefox

Mozilla Menyelesaikan 6 Masalah Sekuriti Pada Firefox

Diterbitkan pada Okt 29, 2009 oleh .

Mozilla semalam telah melepaskan Firefox 3.5.4 untuk para pengguna Windows, Mac dan juga Linux yang mana menyelesaikan beberapa masalah sekuriti yang telah dikenal pasti, serta beberapa masalah berkaitan yang lain. Pelayar web versi terkini ini juga membawakan kestabilan yang lebih berbanding sebelumnya.

Pada masa yang sama, pengguna Firefox versi lama pula didatangkan dengan Firefox 3.0.15 yang mana menyelesaikan masalah yang sama. Enam masalah sekuriti telah dikenal pasti dimana ianya membolehkan pihak ketiga mengambil alih komputer pengguna dengan serangan mudah.

Firefox

Pada masa yang sama, Mozilla sedang giat membangunkan Firefox 3.6 yang mana versi beta Firefox 3.6 membawakan fungsi Personas untuk mendapatkan rekabentuk pelayar yang memenuhi citarasa pengguna. Mozilla sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mempercepatkan pembangunan pelayar web mereka, sekaligus memendekkan kitar masa bagi pengeluaran versi terbaru pelayar web mereka.

Mozilla juga turut memperkenalkan Mozilla SeaMonkey 2.0 yang mana membawakan pelayar web semua dalam satu, dengan kombinasi Firefox dan Thunderbird pada satu aplikasi.


TIPS & ULASAN