Setelah mengumumkan pembangunan fungsi list pada Twitter, kini ianya mula diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna Twitter. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna mengikuti perkembangan sebahagian daripada pengguna Twitter mengikut ciri-ciri yang dibahagikan mengikut list.
Sebagai contoh, mungkin anda mengikuti beberapa orang artis, dan anda boleh mengkategorikan mereka semua dibawah satu list. Dan seterusnya, anda boleh mencadangkan kepada rakan-rakan anda untuk mengikuti mereka semua dengan mudah. Ianya sekaligus memudahkan rakan-rakan anda untuk mengikuti kesemua mereka dengan amat mudah sekali, tanpa perlu mencari mereka satu-per-satu dengan susah lagi.
Sebelum ini, JomTwit pernah muncul dengan idea yang lebih kurang sama dengan Twitter list ini, yang mana membolehkan anda mengikuti rakan-rakan di Twitter mengikut pecahan yang telah ditetapkan.