Mozilla Firefox 3.6 Beta Sedia Di Muat-Turun

Mozilla Firefox 3.6 Beta Sedia Di Muat-Turun

Diterbitkan pada Okt 31, 2009 oleh .

Beta pertama bagi pelayar web Mozilla yang seterusnya, Firefox 3.6 telah pun dilepaskan, dan kini sedia untuk dimuat-turun dan diuji oleh para pengguna. Selain itu, Firefox 3.6 Beta ini merupakan pelayar web pihak ketiga pertama yang menyokong sepenuhnya fungsi Aero Peek pada Windows 7.

Firefox 3.6 merupakan pelayar web pihak ketiga pertama yang menyokong fungsi Aero Peek dan Thumbnail Preview sekaligus meninggalkan pelayar web yang lain seperti Opera, dan Google Chrome. Firefox 3.6 Beta 1 ini membawakan pelbagai peningkatan dan ditujukan khas kepada pembangun web, serta pengguna biasa.

Menariknya, Firefox 3.6 Beta ini juga akan dikemaskini mengikut pembangunan Firefox 3.6 dari masa ke semasa secara automatik. Mozilla dijangka melepaskan Firefox 3.6 pada bulan November kelak, dan versi akhir Firefox 3.6 pada hujung bulan Disember.


TIPS & ULASAN