Windows 7 SP1 Beta Menjelang Akhir Tahun 2009

Windows 7 SP1 Beta Menjelang Akhir Tahun 2009

Diterbitkan pada November 2, 2009 oleh .

Microsoft telah pun melancarkan Windows 7 secara rasmi di seluruh dunia pada 22 Oktober yang lalu, dan kini terus-menerus membangunkan sistem operasi mereka dari masa ke semasa. Terkini, laman Wzor menandakan yang mana Microsoft bakal melepaskan beta pertama Windows 7 SP1 pada penghujung tahun ini kelak.

Menurut Wzor, Microsoft sedang giat membangunkan Windows 7 SP1 sejak daripada akhir September 2009 lagi, dan versi penuh Windows 7 SP1 dijangka akan dilepaskan pada tahun 2010 kelak. Mengikut perancangan awal, Microsoft dijangka akan melepaskan Windows 7 SP1 Beta 1 sebelum Hari Natal 2009, dan seterusnya pada awal tahun 2010, beberapa pengguna terpilih di Microsoft bakal boleh mencuba SP1, sebelum ianya dilepaskan kepada umum.


TIPS & ULASAN