Cari @ Amanz

Setelah Windows 7 dilancarkan secara rasmi diseluruh dunia pada 22 Oktober yang lepas, Microsoft Malaysia telah melancarkan Windows 7 di Malaysia secara rasminya hari ini, dan anda sudah boleh mendapatkan Windows 7 di kedai komputer berhampiran mulai hari ini.

Windows 7 Malaysia
Video Pengenalan Windows 7 Di Mainkan [via]

Windows 7 yang menjadi ganti kepada Windows Vista ini membawakan pelbagai perkara dan fungsi menarik, disamping didatangkan dalam tiga bentuk variasi yang berbeza, iaitu Windows 7 Home Premium, Windows 7 Professional, Windows 7 Ultimate. Berbeza dengan harga OEM tempoh hari, harga Windows 7 bergantung kepada tukaran wang asing, dan secara kasarnya, berikut merupakan harga jualan Windows 7 versi penuh;

  • Windows 7 Home Premium – RM525.00
  • Windows 7 Professional – RM855.00
  • Windows 7 Ultimate RM903.00

Windows 7 Malaysia - Yasmin Mahmood
Windows 7 Malaysia – Pn Yasmin Mahmood (Managing Director of Microsoft Malaysia) berucap di Pentas [via]

Windows 7 Malaysia - Yasir Yousoff
Windows 7 Malaysia – Yasir Yousoff (CMO of Microsoft Malaysia) berucap di Pentas [via]

Menariknya, pada 7 November 2009, pada pukul 7 petang, Microsoft bakal menjual 777 salinan Windows 7 pada harga diskaun sebanyak 30%, membolehkan para pengguna mendapatkan sistem operasi yang digunakan ramai itu pada kadar yang lebih berpatutan daripada biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd