Penduduk Malaysia Gemar Berbelanja Dalam Talian

Penduduk Malaysia Gemar Berbelanja Dalam Talian

Diterbitkan pada November 3, 2009 oleh .

Walaupun keadaan ekonomi baru sedang pulih semula, ianya tidak mengelakkan daripada rakyat Malaysia berbelanja sempena dengan musim perayaan. Daripada suatu bancian ringkas yang dilakukan oleh PayPal, ianya didapati yang mana secara purata, penduduk Malaysia membelanjakan sehinggan RM730 menjelang musim perayaan.

Menariknya, ianya didapati yang mana ramai penduduk Malaysia berbelanja secara dalam talian, dimana sebanyak 44% daripada perbelanjaan ketika musim perayaan dan cuti dilakukan secara dalam talian. Rakyat Malaysia dikatakan tidak gemar pergi ke pusat membeli-belah disebabkan ingin menjimatkan masa, disamping mengelakkan kawasan orang ramai, selain boleh mengakses ke pelbagai produk yang lebih banyak, dengan hanya duduk dihadapan PC sahaja.

Bancian PayPal ini telah dijalankan oleh BlackBox antara Ogos 17 hingga Ogos 30, dan melibatkan 300 orang respondan dari Malaysia. PayPal, baru-baru ini telah melancarkan Asia Mall, yang mana menghubungkan pembeli dan penjual antarabangsa dengan Asia. Selain daripada itu, PayPal juga telah memperkenalkan pengeluaran duit ke akaun bank tempatan secara terus dari PayPal baru-baru ini.


TIPS & ULASAN