Cari @ Amanz

Pembangunan Google Chrome terus dibangunkan oleh pihak Google, dimana kini ianya sudah mencapai versi 4.0.223.16, yang mana kini ianya dilabelkan sebagai pembangunan beta pertama untuk Google Chrome 4.0.

Buat masa ini, Chrome 4.0.223.16 hanyalah untuk versi Windows sahaja, dan masih tiada sebarang petunjuk diperlihatkan untuk versi Linux dan Mac OS X, walaupun pembangunannya turut sama giat dilakukan. Bagi yang ingin mencuba Google Chrome 4.0 Beta ini, anda perlu menggunakan sistem operasi Windows XP SP2 atau yang terkini.

Chrome 4.0.223.16 ini menyelesaikan pelbagai masalah yang telah dikenal pasti, selain membawakan kelajuan prestasi sebanyak 400% lebih laju berbanding Chrome 1.0. Menariknya, fungsi Bookmark Sync juga turut diperkenalkan dan dibolehkan pada Chrome 4.0 Beta ini.

Chrome Bookmark Sync adalah salah satu fungsi baru yang diperkenalkan pada Chrome 4.0 Beta yang mana membolehkan anda berkongsi bookmark melalui beberapa aplikasi yang menggunakan Chrome 4.0 dengan kebolehan fungsi Google Cloud, yang mana turut digunapakai oleh Google Talk.

Untuk mencubanya, anda boleh menyertai saluran pengguna Beta, dan mengemaskini pelayar web anda kepada Chrome 4.0 Beta.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd