MediaFire 3.0 Di Perkenalkan

MediaFire 3.0 Di Perkenalkan

Diterbitkan pada November 3, 2009 oleh .

Setelah sekian lama, hari ini MediaFire memperkenalkan versi ke-tiga laman mereka, ataupun yang mana dikenali sebagai MediaFire 3.0, yang mana membawakan pelbagai perubahan baru, seperti rekabentuk dan antaramuka baru, beserta beberapa fungsi baru untuk akaun MediaPro.

MediaFire MyFiles
Antaramuka MyFiles yang baru

MediaFire menjadi laman kegemaran untuk berkongsi fail dan sebagainya disebabkan laman tersebut yang mudah digunakan, disamping kelajuan muat-turun yang agak stabil selain membolehkan para pengguna memuat-turun tanpa had. Berikut merupakan beberapa perkara baru pada MediaFire 3.0:

  • Rekabentuk dan antaramuka yang serba baru.
  • Fungsi muat-naik yang diberi nafas baru dimana para pengguna percuma boleh memuat-naik fail sehingga 200MB, dan pengguna MediaPro sehingga 2GB.
  • Pengenalan fungsi dropbox yang boleh diembed pada laman web, sekaligus membolehkan para pengunjung web kita memuat-naik fail kedalam folder kita. (bagi pengguna MediaPro)
  • Pengguna MediaPro kini boleh memuat-turun lebih dari satu fail dengan mudah sekali.
  • Pengguna MediaPro juga kini boleh mengubah suai halaman folder dan MyFiles mereka mengikut citarasa yang diinginkan mereka.
  • Pengenalan fungsi RSS Feed membolehkan anda mengikuti fail-fail terbaru yang dimuat-naik pada sesuatu folder.

Kini, hampir lebih daripada 47 juta pengguna menggunakan MediaFire untuk berkongsi fail, dimana lebih 420 juta fail dikongsi setiap bulan.


TIPS & ULASAN