Cari @ Amanz

Windows Vista yang dikatakan ramai sebagai produk yang gagal, kini ditambah lagi dengan suatu fakta baru, apabila jualan Windows 7 adalah melebihi Windows Vista sebanyak 234%, yang mana memperlihatkan jualan Windows 7 adalah hampir tiga kali ganda berbanding Vista, dalam beberapa hari sahaja ianya dilancarkan.

Walaubagaimanapun, angka tersebut adalah berdasarkan pasaran Amerika Syarikat dan bukannya Malaysia. Keluaran sistem operasi Windows yang baru ini juga telah mempertingkatkan jualan Windows PC, iaitu meningkat hampir 95% ketika beberapa hari sebelum Windows 7 dikeluarkan. Pada masa yang sama, jualan PC dengan sistem operasi XP dan Vista masih tinggi, iaitu hampir 20% jualan daripada keseluruhan PC ketika pelancaran Windows 7, berbanding hanya 6% ketika Vista dilancarkan.

Windows 7 yang baru-baru ini dilancarkan di Lowyat bakal dijual dengan harga promosi pada 7 November, pada pukul 7 petang. Sistem operasi Windows 7 ini bersaing secara sihat dengan penjual sistem operasi yang lain, seperti Mac OS X, serta sistem operasi sumber terbuka seperti Ubuntu 9.10.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd