Fungsi Retweet Kini Di Uji Di Twitter

Fungsi Retweet Kini Di Uji Di Twitter

Diterbitkan pada November 6, 2009 oleh .

Selepas memperkenalkan fungsi Twitter List beberapa hari sebelum ini, kini Twitter sekali lagi sedang mencuba fungsi baru pada laman mikro-blogging yang meningkat naik dari hari ke hari ini. Terkini, mereka sedang mencuba fungsi ReTweet pada segelintir pengguna yang terpilih sebelum diperkenalkan kepada umum.

ReTweet

Pada mulanya, fungsi ini diumumkan pada bulan Ogos yang lalu, yang mana dikenali sebagai Project Retweet. Melalui fungsi baru ini, ianya bakal membolehkan para pengguna menyalin kembali mesej rakan dan sebarkannya kepada umum dengan lebih mudah lagi, iaitu dengan hanya satu klik sahaja. Ianya seumpama fungsi Forward pada emel.

Menariknya, fungsi Retweet ini pada mulanya diperkenalkan oleh para penggunanya sendiri, sebelum beberapa aplikasi Twitter yang mula menyokong fungsi tersebut. Kini, ianya mendapat perhatian serius daripada pihak Twitter, dan ianya akan diperkenalkan kepada umum dalam masa terdekat ini.

Tweet hasil daripada Retweet ini akan memperlihatkan ikon khas bersebelahan dengannya, sekaligus membezakan ia daripada tweet biasa. Dibawahnya juga, ianya bakal memperlihatkan senarai pengguna yang turut sama telah tweet semula mesej berkenaan, serta anda juga akan diberikan pilihan untuk mengasingkan mesej berupa tweet semula ini daripada pandangan anda.


TIPS & ULASAN