Cari @ Amanz

Packet One Networks Sdn Bhd yang mana mengoperasikan rangkaian jalur lebar tanpa wayar, P1 Wimax telah pun memperuntukkan lebih kurang antara RM200 juta hingga RM300 juta untuk perbelanjaa modal tahun hadapan. Menariknya, perbelanjaan modal itu akan termasuk sekali dalam pengembangan servis mereka ke Sabah dan Sarawak.

P1 telah membelanjakan lebih RM300 juta dalam tempoh masa 13 bulan yang lepas, dalam melancarkan servis WiMax mereka di beberapa kawasan utama di Semenanjung Malaysia. Dalam perancangan untuk tahun 2010, P1 merancang untuk merangkumi lebih 45 peratus daripada penduduk Semenajung Malaysia.

Selain daripada itu, P1 juga merancang untuk merangkumi lebih 65% daripada penduduk negara menjelang 2012 yang mana ianya bakal memerlukan dalam RM1 billion untuk melaksanakannya. Buat masa ini, CEO P1 Wimax, Michael Lai masih tidak memberitahu dengan cara apa beliau bakal mengumpulkan dana bagi perbelanjaan modal tersebut.

Selain daripada Malaysia, P1 juga berhasrat untuk mengembangkan servis mereka di Asia Tenggara. Sebagai langkah pertama, P1 telah pun memperoleh lesen untuk menggerakkan WiMax di Singapura, yang mana dijangkakan akan dilancarkan pada akhir 2010.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd