Win 7 : Pegangan Pasaran Adalah Sebanyak 2.15%

Diterbitkan pada Nov 7, 2009. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru sahaja dua minggu Windows 7 dilancarkan, dan pelbagai berita yang sudah kedengaran mengenainya. Jikalau sebelum ini kita dengar yang mana Windows 7 mendahului jualan Vista sebanyak hampir tiga kali ganda, kini berita terbaru memperlihatkan kini Windows 7 telah memperkukuhkan kedudukan Windows OS di pasaran iaitu sebanyak 92.52%.

Daripada keseluruan kedudukan penggunaan sistem operasi, Windows 7 digunakan lebih kurang 2.15% berbanding Snow Leopard sebanyak 1.17% dan juga Linux sebanyak 0.96%. Kini, kebanyakkan PC menggunakan Windows XP, iaitu sebanyak 70.48% serta Vista sebanyak 18.83%.

Dalam minggu-minggu akan datang, ianya dijangka akan menaikkan lagi jualan Windows 7, dan ianya dijangka akan terus membolehkan Windows OS bertapak kukuh di pasaran komputer.

Market Share

Market Share

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami