Cari @ Amanz

Jikalau laman sosial yang tua seperti MySpace dan Friendster sedang kehilangan pengguna, Facebook terus menjadi pilihan utama para pengguna internet seluruh dunia. Kini, secara rasminya, Facebook telah pun mencapai lebih 325 juta pengguna yang menggunakan laman mereka, dan dijangka akan mencapai 500 juta menjelang bulan Mei tahun hadapan.

Buat masa ini, Facebook dan Twitter menjadi laman sosial kegemaran ramai, dan lebih ramai gemar menggunakan Facebook berbanding Twitter. Selain daripada itu, permainan dan aplikasi tambahan yang disediakan oleh Facebook turut menarik minat para pengguna, dan kini beberapa laman lain mengikuti mereka dalam menyediakan aplikasi tambahan untuk para pengguna.

Di Malaysia sahaja, Maxis dan Celcom sendiri memberikan sokongan untuk laman Facebook, dengan menyediakan khidmat dimana para pengguna boleh mendapatkan kemaskini secara terus ke telefon bimbit mereka dengan mudah. Kini, Facebook telah menjadi halaman kedua yang paling banyak dilawati di Malaysia, hanya dibelakang laman Yahoo!.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd