Paint.NET 3.5 Membawakan Sokongan Kepada Aero

Paint.NET 3.5 Membawakan Sokongan Kepada Aero

Diterbitkan pada November 9, 2009 oleh .

Bagi peminat aplikasi editor gambar dan imej, anda semestinya sudah kenal akan Paint.NET, salah satu aplikasi khas untuk pengguna Windows yang membawakan pelbagai fungsi yang menarik seperti sokongan layer, efek khas, selain menyediakan beberapa tool yang menarik. Terkini, Paint.NET 3.5 sudah pun dilepaskan oleh pihak pembangunnya.

Paint.NET 3.5
Antaramuka Paint.NET 3.5

Seperti aplikasi-aplikasi lain, Paint.NET 3.5 turut membawakan sokongan kepada fungsi Aero yang mana kini digunakan pada Windows Vista dan Windows 7. Antaramuka Paint.NET juga diberi nafas baru, menjadikannya lebih menarik berbanding sebelumnya. Pada masa yang sama, Paint.NET mengguna-pakai .NET Framework 3.5 SP1, yang mana membawakan pelbagai peningkatan, termasuk penjimatan penggunaan memori untuk aplikasi .NET.

Selain menjimatkan penggunaan memori, Paint.NET juga kini lebih pantas, dan boleh dibuka dengan lebih 20% pantas berbanding sebelumnya. Kualiti gambar ketika di zoom juga telah diperbaiki, selain penggunaan saiz disk dikurangkan kepada lebih kurang hanya 12MB sahaja.

Paint.NET Aero
Paint.NET kini menyokong penuh Aero

Pada masa yang sama, kini segala perisian tambahan yang diperlukan seperti .NET dan sebagainya, disertakan sekali, sekaligus memudahkan para pengguna menggunakannya. Paint.NET juga membawakan beberapa fungsi efek yang menarik, menjadikannya sebuah aplikasi editor imej yang menjadi pilihan ramai pengguna.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan perkara baru pada Paint.NET 3.5 di halaman rasmi mereka, atau terus mencubanya dengan memuat-turun aplikasi Paint.NET. Pembangunan Paint.NET 4.0 sudah pun didraf, dan dijangka akan dilepaskan menjelang tahun 2011 kelak.


TIPS & ULASAN