Tiga Lagi Pusat Siber MSC Malaysia Akan Di Bangunkan

Tiga Lagi Pusat Siber MSC Malaysia Akan Di Bangunkan

Diterbitkan pada November 9, 2009 oleh .

Selain daripada 10 pusat siber MSC di Lembah Klang buat masa ini, tiga lagi lokasi terpilih di Lembah Klang akan terpilih dan dibangunkan sebagai MSC Malaysia CyberCenter, iaitu di Persoft Tower di Petaling Jaya, serta GTower dan juga Bangsar South City di Kuala Lumpur.

MSC Malaysia
Pusat Siber MSC Malaysia di KL Sentral

Ianya dikatakan salah satu cara untuk mevariasikan dan memberikan lebih banyak pilihan kepada syarikat dan organisasi yang ingin menjadi sebahagian daripada MSC Malaysia. Buat masa ini, terdapat lebih 10 pusat siber di Lembah Klang, serta enam pusat siber MSC di negeri-negeri lain, termasuk Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Johor dan juga Pahang.

Pusat siber ini dibangunkan oleh MSC Malaysia dengan hasrat untuk memberikan persekitaran dan ekosistem menarik untuk menarik para pelabur di bidang ICT, serta mengalakkan penumbuhan industri ICT negara.


TIPS & ULASAN