Cari @ Amanz

Setelah membawakan inovasi 4G atau WiMax kepada rantau Asia Tenggara, P1 terus memperkenalkan inovasi demi inovasi dalam menarik minat para pengguna untuk menggunakan servis mereka. Terkini, GreenPacket memperkenalkan Penjana Hotspot Peribadi yang boleh menukarkan WiMax kepada WiFi.

Portable WiMax P1
Penjana Hotspot Peribadi dari P1 [via]

Peranti khas ini membolehkan gelombang WiMax diubah kepada WiFi dan dikongsi bersama rakan-rakan anda yang lain. Masih tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan gajet terbaru ini, selain daripada diketahui dimana mereka menggunakan gajet yang dibangunkan oleh InfoMark yang dikenali sebagai Biscuit. Dengan caj bateri penuh, Penjana Hotspot Peribadi ini boleh bertahan selama 5 jam.

Portable Wimax
Penjana Hotspot Peribadi dari P1 [via]

Masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak P1 berkenaan dengan harga dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd