Google Apps Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru

Google Apps Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada November 10, 2009 oleh .

Google kini sedang merekabentuk kembali laman-laman aplikasi dalam talian mereka, iaitu GMail, Google Docs, Google News dan sebagainya, yang mana ianya bakal menggunapakai rekabentuk yang lebih kurang sama seperti rekabentuk Google Wave. Selain daripada itu, rekabentuk halaman keputusan carian juga dijangka akan mengalami perubahan yang serupa.

GMail Wave
Antaramuka GMail Yang Bercirikan Google Wave

Melalui Engadget, mereka mendapat beberapa paparan antaramuka yang mana memperlihatkan rekabentuk baru GMail yang mana menyerupai lebih kurang sama seperti Google Wave. Sumber gambar dan imej tersebut juga memetika yang mana, tujuan utama Google adalah menyediakan pengalaman yang sama bagi kesemua aplikasi Google Apps, yang mana pada masa yang sama mengurangkan perbezaan antara pelayar web dan juga halaman web.

Google News Wave
Antaramuka Google News Yang Bercirikan Wave

Rekabentuk dan antaramuka yang dipertontonkan adalah menyerupai seperti Google Wave. Google memang diketahui umum sebagai organisasi yang mana memperkenalkan inovasi demi inovasi dari masa ke semasa pada laman web mereka. Buat masa ini, masih tiada berita rasmi daripada pihak Google berkaitan perkara ini.


TIPS & ULASAN