Cari @ Amanz

Hari ini, Telekom Malaysia mengumumkan yang mana kabel bawah tanah sepanjang 20,000 km yang menghubungkan Asia Tenggara dengan Amerika Syarikat sudah siap sedia untuk digunakan. Beberapa ujian telah pun dilakukan pada kabel tersebut yang mana menyokong kelajuan sehingga 500 gigabit per saat.

Sistem kabel bawah tanah ini menghubungkan lebih 10 lokasi pada 8 negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei, Hong Kong, dan juga Filipina dan menghubungkannya dengan Amerika Syarikat, iaitu di Guam, Hawaii dan juga California.

Selain menyediakan sokongan bandwith tambahan, iaitu sehingga 2TB per saat, kabel ini juga menyediakan sambungan yang lebih selamat ke benua Amerika. Ianya direka untuk tidak melalui tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti gempa bumi dan tsunami, yang selalunya memusnahkan kabel bawah tanah.

Pada masa yang sama, Telekom Malaysia juga sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan internet berkelajuan tinggi di bandar-bandar terpilih menjelang hujung tahun ini, sebagai salah satu langkah untuk menepati Belanjawan 2010 yang dibentangkan baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd