Cari @ Amanz

Selepas di kenakan saman ke atas kegagalan untuk memperkenalkan servis WiMax mereka, kini YTL Communications Sdn Bhd mengumumkan yang mana mereka akan mula memperkenalkan servis WiMax atau 4G mereka di negara kita menjelang Julai tahun hadapan. Untuk menjayakannya, YTL Com akan memeterai perjanjian bersama beberapa syarikat luar.

41923225
YTL Memperkenalkan Rangkaian Inovatif 4G

YTL Com dijangka akan memperkenalkan sambungan 4G atau yang mana menjelang tahun hadapan, dimana melaluinya, mereka berharap akan dapat mengubah Malaysia kepada suatu pusat rangkaian yang paling inovatif. YTL Com dijangka akan menyediakan sambungan internet WiMax paling pantas di dunia, dimana untuk menjayakannya, mereka akan melabur lebih RM2.5 billion.

YTL Com mengatakan yang mana, kebanyakkan operator yang menyediakan WiMax masih menggunakan teknologi 802.16d yang mana tidak menyokong servis mudah-alih, dan sebaliknya YTL Com akan mengguna-pakai teknologi 4G WiMax yang membawa sokongan mudah-alih. Untuk menjayakannya, mereka akan bekerjasama beberapa syarikat luar seperti Cisco, Clear dan juga Samsung.

4G
YTL Melancarkan Rangkaian Inovatif 4G [via]

Sebelum ini, YTL Com dikenakan saman sebanyak RM1.9 juta kerana kegagalan untuk memperkenalkan WiMax pada tahun ini kepada pasaran. YTL telah pun membuat rayuan, dan masih menunggu maklum balas dari pihak SKMM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd