Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan projek enjin carian Caffeine yang diperkenalkan oleh Google tidak lama dahulu? Kini Google dalam fasa terakhir, dimana mereka sedang dalam langkah untuk memperkenalkan enjin Caffeine kepada umum tidak lama lagi. Caffeine Sandbox yang diperkenalkan pada bulan Ogos juga kini telah ditutup untuk ujian.

Google Caffeine
Mesej Yang Kini Di Paparkan Pada Halaman Sandbox Google

Caffeine adalah projek terbaru Google dalam memperkenalkan infrastruktur carian yang serba baru, dimana menggunakan enjin dan teknologi yang lebih pantas dan lebih baik dari sebelumnya, selain cara sesuatu hasil carian mendapat tempat di laman keputusan carian juga diperbaiki.

Google masih belum mengumumkan bilakah enjin carian mereka akan diperbaharui, tetapi ianya kelihatan amat hampir, dan para pengguna dan para pembangun web perlu bersiap sedia untuk menerimanya, kerana Google merupakan enjin carian terbesar didunia. Sebelum ini, Google memeterai perjanjian bersama Twitter, dan memperkenalkan carian sosial pada enjin carian mereka..

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd