Ujian Internet Berkelajuan Tinggi Pertengahan Bulan Ini

Ujian Internet Berkelajuan Tinggi Pertengahan Bulan Ini

Diterbitkan pada November 11, 2009 oleh .

Malaysia tidak lama lagi akan memperkemaskini dan memperkenalkan infrastuktur komunikasi yang terbaru, dimana lebih 1.2 juta perumahan dan premis bisnes akan disambungkan dengan kabel fibreoptik yang membolehkan sambungan internet berkelajuan antara 10Mbps dan 1Gpbs digunakan. Buat masa ini, sambungan internet paling pantas adalah sehingga 4Mbps.

Perdana Menteri kita, Najib Razak telah pun mengumumkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi yang mana bakal menyediakan suatu platform untuk pembangunan aplikasi berasaskan ICT, selain membolehkan pengguna, bisnes dan juga agensi kerajaan mengguna-pakai dan bersaing dengan yang lain dengan lebih efektif lagi.

Sebelum ini, beberapa pelabur dikatakan tidak berminat melabur di Malaysia disebabkan kadar kelajuan jalur lebar di negara ini masih pada tahap rendah, dan kurang memuaskan. TM juga baru-baru ini dikatakan sudah sedia menggunakan kabel bawah tanah yang menghubungkan rantau Asia Tenggara dengan Amerika Syarikat sepanjang 20,000 km yang menyokong kelajuan sehingga 500 gigabit per saat.

Pada masa yang sama, beberapa info dalaman Telekom Malaysia mengatakan yang mana TM akan membuat ujian untuk 100 pelanggan terpilih di kawasan Taman Tun Dr Ismail dengan menyediakan internet berkelajuan tinggi selaju 10Mbps.

Kemaskini : Kawasan Wangsa Maju kini sedang dinaik-taraf dengan aplikasi-aplikasi terkini yang menyokong sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi ini, dan dijangka akan memperkenalkan servis jalur lebar berkelajuan tinggi ini pada bulan Mac 2010.

Tips oleh Senok. Hantarkan tips anda melalui Twitter kepada @AmanFirdaus


TIPS & ULASAN