Iklan P1 Wimax Di Bincangkan Di Parlimen

Iklan P1 Wimax Di Bincangkan Di Parlimen

Diterbitkan pada November 11, 2009 oleh .

Iklan jalur lebar P1 Wimax yang menimbulkan kontroversi yang mana menekankan perkataan “Potong” semalam telah dibincang di Parlimen, dan iklan tersebut akan melalui suatu proses penilaian yang mana akan dinilai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Iklan yang menggunakan perkataan “Potong” membawa maksud menyuruh para pengguna menghentikan penggunaan jalur lebar berwayar iaitu Streamyx dan Maxis Wired Broadband, dan sebaliknya menggunakan khidmat jalur lebar tanpa wayar yang disediakan oleh syarikat mereka. Namun begitu, beberapa pihak mendakwa perkataan “Potong” tersebut menjadi simbolik kepada berkhatan dan tidak sesuai untuk digunakan dalam iklan.

Selain daripada P1 Wimax, TM Streamyx turut sama menggunakan perkataan “Potong” dalam iklan radio mereka, namun masih tiada sebarang berita berkenaan yang mana ianya akan melalui proses penilaian oleh SKMM.


TIPS & ULASAN