Panda Cloud Antivirus 1.0 Di Lepaskan

Panda Cloud Antivirus 1.0 Di Lepaskan

Diterbitkan pada November 11, 2009 oleh .

Berbeza dengan penyedia perisian sekuriti dan antivirus yang lain, Panda Security yang memperkenalkan beta untuk Panda CloudAV sebelum ini, secara rasminya telah pun melancarkan versi akhir produk mereka, iaitu Panda Cloud Antivirus 1.0. Menariknya, perisian ini diberikan secara percuma tanpa sebarang kos tersembunyi.

Panda Cloud Antivirus 1.0 ini menyokong penuh sistem operasi Windows, termasuk Windows XP, Windows Vista dan juga Windows 7, dan didatangkan dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit untuk Vista dan Win 7, serta versi 32-bit untuk Windows XP.

Panda Cloud Antivirus
Antaramuka Aplikasi Panda Cloud AV

Panda Cloud Antivirus adalah kombinasi teknologi yang berasaskan cloud serta aplikasi ringan yang dipasang di komputer, dimana melalui sistem yang direkabentuk itu, kesemua informasi berkaitan virus disimpan disuatu server, dan ianya akan ditarik melalui internet setiap kali anda ingin menggunakan antivirus tersebut. Secara tidak langsung, ruangan dan memori komputer anda dapat dijimatkan sepenuhnya, selain memberikan perlindungan penuh kepada komputer anda.

Sekiranya anda telah memasang CloudAV versi beta di komputer anda, anda perlu nyah-pasang aplikasi tersebut terlebih dahulu, dan seterusnya memuat-turun versi 1.0 daripada halaman Cloud Antivirus, dan memasangnya.


TIPS & ULASAN