Office 2010 Beta Bakal Di Lepaskan Kepada Umum

Office 2010 Beta Bakal Di Lepaskan Kepada Umum

Diterbitkan pada November 11, 2009 oleh .

Bagi yang masih belum dapat mencuba Microsoft Office 2010 Technical Preview tempoh hari, anda tida perlu bersedih lagi, kerana Office 2010 Beta terbuka akan diperkenalkan oleh Microsoft tidak lama lagi, membolehkan pengguna umum mencuba perisian tersebut.

Office 2010
Office 2010 – Microsoft Word

Microsoft baru-baru ini telah menghantar emel kepada para pengguna yang dapat mencuba Office 2010 Technical preview tempoh hari, mengatakan yang mana mengatakan mulai 10 November, Office 2010 Technical Preview tidak lagi boleh dimuat-turun, dan mereka sedang menyediakan laman Microsoft Connect untuk membolehkan para pengguna memberikan maklum balas berkenaan dengan aplikasi pejabat terbaru daripada Microsoft itu.

Walaupun tiada sebarang pengumuman berkenaan pelepasan Beta terbuka kepada umum, sebelum ini Microsoft pernah mengesahkan yang mana para pengguna boleh memuat-turun versi beta pertama untuk aplikasi pejabat Office 2010 mulai hujung bulan ini. Bagi pengguna yang sudah menggunakan versi Technical Preview, mereka perlu nyah-pasang terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan dan memasang versi Beta kerana Microsoft masih belum membolehkan fungsi kemaskini automatik pada versi Technical Preview.

Buat masa ini, masih tiada tarikh nyata berkenaan bila pengguna boleh mencuba Office 2010 Beta ini, tetapi beberapa ura-ura mengatakan yang mana ianya bakal bermula minggu hadapan.


TIPS & ULASAN