Tahun 2010 – Tahun Jalur Lebar Negara?

Tahun 2010 – Tahun Jalur Lebar Negara?

Diterbitkan pada November 11, 2009 oleh .

Jalur lebar menjadi topik hangat di 12th International Advisory Panel hari ini, apabila Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan yang mana kadar tembusan jalur lebar perlu dipertingkatkan untuk negara terus membangun. Sebelum ini, Bank Dunia mengeluarkan kenyataan yang mana 10% peningkatan kadar penembusan jalur lebar boleh menyumbang sehingga 1.3% kepada pertumbuhan ekonomi.

Najib mengatakan bahawa kini kerajaan mensasarkan kadar penembusan jalur lebar sebanyak 50% menjelang tahun hadapan, bersesuaian dengan Pelan Jalur Lebar Negara. Buat masa ini, hanya 24% pengguna Malaysia mempunyai akses kepada jalur lebar di rumah mereka.

TM Streamyx sedang giat membangunkan keupayaan jalur lebar sedia ada. Melalui projek High-Speed Broadband (HSBB), TM mensasarkan untuk menghubungkan lebih 1.5 juta pengguna rumah daripada 5 juta pengguna menjelang 2012. selain P1 Wimax yang memperkenalkan jalur lebar tanpa wayar, serta YTL yang baru memperkenalkan jalur lebar tanpa wayar generasi ke-empat, atau dikenali sebagai 4G.

Nampaknya, kita boleh melihatkan tahun hadapan, iaitu tahun 2010 sebagai tahun jalur lebar negara. Selain daripada P1 Wimax dan juga YTL, dua lagi syarikat turut membangunkan teknologi jalur lebar tanpa wayar, iaitu Asia Space (AMax) dan juga REDTone. Pada masa yang sama, Maxis, Celcom, DiGi dan juga UMobile turut menawarkan akses 3G kepada para pengguna. Beberapa negeri, seperti Kelantan dan Selangor turut memperkenalkan projek jalur lebar mereka tersendiri.


TIPS & ULASAN