Cari @ Amanz

Selepas melepaskan Snow Leopard tempoh hari, kini Apple menyediakan kemaskini untuk sistem operasi mereka, ataupun yang mana dikenali sebagai Mac OS X 10.6.2, yang mana dibawakan secara percuma, dan boleh dikemaskini secara terus melalui kemaskini perisian automatik yang terbina pada Mac OS X.

Apple mengatakan yang mana kemaskini kepada Mac OS X 10.6.2 adalah penting, dimana ianya membawakan penyelesaian kepada beberapa masalah yang telah dikenal pasti pada Mac OS X 10.6.1 termasuk sekuriti dan mempertingkatkan kestabilan dan prestasti sistem operasi Mac OS X.

Anda boleh mengemaskini sistem operasi Mac OS X anda secara automatik melalui kemaskini automatik yang terbina dalam sistem operasi Mac OS X, ataupun memuat-turunnya secara berasingan. Pada masa yang sama, kemaskini sekuriti turut disediakan bagi para pengguna Mac OS X 10.5.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd