Selepas berjaya menjenamakan semula enjin carian Live kepada Bing, kini Microsoft mula menjenamakan satu demi satu aplikasi web mereka dibawah jenama Bing. Terbaru, Microsoft telah pun menjenamakan semula perkhidmatan video mereka, MSN Video kepada Bing Videos.
Antaramuka Laman Bing Videos
Pada masa yang sama juga, Microsoft telah menjalin kerjasama bersama Hulu, CBS, YouTube dan banyak lagi, untuk membolehkan para pengguna menonton rancangan penuh melalui Bing Videos. Pemain video pada Bing Videos juga kelihatan lebih menarik berbanding penyedia hos video yang lain.
Kini, apabila anda memasuki halaman MSN Video, anda secara automatik akan dibawa kepada Bing Videos. Menariknya, Bing Videos menggunakan teknologi Flash daripada Adobe, dan bukannya menggunakan Silverlight yang dibangunkan oleh Microsoft.