Adakah ruangan yang ditawarkan oleh Google untuk akaun GMail atau Picasa adalah tidak mencukupi untuk anda? Jika ya, mungkin anda sudah ketahui akan yang mana anda boleh menaik-taraf ruangan Google Account anda. Menariknya, kini Google menawarkan potongan harga untuk menaik-taraf ruangan akaun anda, selain membawakan ruangan sehingga 16 TB.
Ruangan Yang Kini di Tawarkan Google
Jika sebelum ini Google menawarkan ruangan sebanyak 10 GB pada harga USD$20, kini mereka membawakan potongan harga dan kenaikan saiz ruangan, dimana anda boleh dapatkan 20 GB pada harga USD$5 setahun. Selain menawarkan potongan harga, Google juga kini menawarkan ruangan tambahan sehingga 16 TB, membolehkan anda menyimpan sehingga 8 juta gambar beresolusi tinggi di Picasa Web Album, dan tiada lagi emel yang perlu dipadam oleh anda. Selain daripada ruangan tambahan, Google juga menawarkan tahap sekuriti yang lebih tinggi.