Cari @ Amanz

Enjin carian daripada Microsoft, Bing masih lagi baru, tetapi menariknya mereka memperkenalkan inovasi demi inovasi untuk menarik para pengguna internet untuk menggunakan enjin carian mereka. Hari ini, mereka mengumumkan kerjasama bersama dengan Wolfram Alpha, yang mana membolehkan pengguna menggunakan fungsi mereka melalui Bing.

Bing Plot Graf
Fungsi Wolfram Alpha Pada Bing

Wolfram Alpha sebelum ini dilancarkan awal tahun ini, yang mana membolehkan para pengguna membuat carian berasaskan matematik, dan mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan matematik dan yang berkaitan dengannya. Dengan kerjasama bersama Bing ini, fungsi Wolfram Alpha boleh diakses terus melalui Bing dengan mudah. Walaubagaimanapun, fungsi tersebut sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan bukan semua sudah boleh menggunakannya.

Sebelum ini, Microsoft telah menjenamakan semula MSN Video dibawah jenama Bing iaitu Bing Videos, selain menambah beberapa fungsi pada Bing Maps. Anda juga boleh membuat kiraan pantas menggunakan enjin carian Google dengan mudah.

Google Search
Fungsi Kalkulator Pada Google

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd