CEO P1 WiMAX Menjadi Ahli Lembaga WiMax Forum

CEO P1 WiMAX Menjadi Ahli Lembaga WiMax Forum

Diterbitkan pada November 12, 2009 oleh .

P1 Wimax merupakan penyedia Wimax yang terbesar di negara kita buat masa ini, dan menariknya, CEO Packet One Networks yang mana dikenali sebagai P1, kini telah pun dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga WiMAX Forum, iaitu salah satu organisasi berkaitan teknologi WiMAX.

WiMax Forum merupakan salah satu organisasi yang mana ditubuhkan untuk mengesahkan dan memasarkan teknologi WiMAX kepada dunia, dan pelantikan CEO WiMAX ini menjadikan buat pertama kalinya, yang mana Malaysia akan memainkan peranan penting dalam membentuk generasi akan datang dalam penggunaan internet generasi keempat (4G) – WiMax.

Sebelum ini, YTL mengumumkan yang mana mereka bakal muncul dengan 4G WiMAX yang mana bakal diperkenalkan pada bulan Julai tahun hadapan. Pada masa yang sama, REDtone dan juga AsiaSpace sedang dalam proses memperkenalkan dan membesarkan servis WiMAX mereka di Malaysia.


TIPS & ULASAN