DiGi Menawarkan Gajet Pada Harga Termurah

DiGi Menawarkan Gajet Pada Harga Termurah

Diterbitkan pada November 12, 2009 oleh .

DiGi Telecommunications Sdn Bhd boleh dikatakan sebagai sebuah syarikat telekomunikasi tempatan yang berjaya dan sering muncul dengan tawaran menarik untuk menjaga hati penggunanya. Terkini, mereka membelanjakan RM1 juta dalam bentuk gajet dan kelengkapan internet yang mana ditawarkan kepada pengguna pada harga diskaun.

DiGi Bonanza
Pembeli Mula Beratur Sejak Awal Pagi [via]

Melalui acara yang berlangsung antara hari ini sehingga Ahad nanti (15 November) di pusat membeli-belah 1Utama, DiGi menawarkan pelbagai perkara, daripada modem broadband berharga RM1, sehinggalah BlackBerry Bold 900 yang dijual pada harga RM299 dan juga Nokia N97 Mini pada harga RM499.

Walaubagaimanapun, BlacBerry Bold 900 dan juga Nokia N97 Mini telah pun dijual habis pada hari pertama promosi Digi Internet Bonanza ini. Antara barangan dan gajet yang masih terdapat adalah DiGi Broadband Modem pada harga RM1, BlackBerry Curve 8900 pada harga RM99, dan juga HP Mini Netbook pada harga RM399.

DiGi Internet
Halaman DiGi Bonanza

Setiap pelanggan hanya boleh memilih hanya satu gajet sahaja, dan DiGi tidak memberitahu berapa bilangan gajet yang ditawarkan bagi sesuatu kategori itu. Anda masih boleh dapatkan gajet-gajet ini sehingga stok habis, ataupun sehingga hari Ahad ini – 15 November.


TIPS & ULASAN