WordPress 2.9 Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Menarik

WordPress 2.9 Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Menarik

Diterbitkan pada November 13, 2009 oleh .

Hari ini, WordPress melepaskan kemaskini sekuriti untuk platform blog mereka, iaitu WordPress 2.8.6 yang mana menyelesaikan dua masalah sekuriti. Kemaskini sekuriti ini lebih diutamakan kepada blog-blog yang mempunyai lebih daripada seorang penulis padanya.

Pada masa yang sama, pihak pembangun WordPress juga sedang giat membangunkan WordPress 2.9, yang mana bakal memperkenalkan pelbagai fungsi-fungsi baru kepada para pengguna. Antara fungsi-fungsi baru yang bakal diperkenalkan pada WordPress 2.9 adalah seperti berikut:

  • Fungsi “Trash” – Kini, setiap artikel atau komen yang dipadam, akan dimasukkan ke dalam “trash” yang mana melaluinya, anda boleh menyelamatkan kembali perkara yang dibuang. Fungsinya lebih kurang sama seperti Recylce Bin pada sistem operasi Windows.
  • Editor Imej Asas – WordPress 2.9 bakal menyertakan editor imej dengan fungsi-fungsi asas seperti mengecilkan imej, memutarkannya dan sebagainya secara terus melalui dashboard WordPress.
  • Post Thumbnails – Anda boleh menambah imej yang mana akan dipaparkan secara automatik sebagai thumbnail dengan mudah.
  • Sertakan Media dengan Mudah – Kini fungsi memasukkan media seperti video dan sebagainya disertakan ke dalam WordPress 2.9 tanpa perlu gunakan plugin tambahan. Dengannya, anda hanya perlu masukkan URL untuk media seperti YouTube, Google Video dan sebagainya, dan ianya akan memasukkan secara automatik ke dalam artikel anda.

WordPress Imej Editor
Fungsi Editor Imej Pada WordPress 2.9

Selain daripada itu, pelbagai fungsi baru turut sama bakal diperkenalkan pada WordPress 2.9 yang masih tidak tahu bilakah ianya akan dilepaskan secara rasmi. Anda boleh menguji WordPress 2.9 versi pembangunan pada localhost terlebih dahulu ataupun menunggu ianya dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN