Cari @ Amanz

Sejak memperkenalkan pelayar web Chrome, Google telah banyak memperkenalkan perkara baru kepada warga internet, daripada antaramuka, cara proses dikendalikan dan banyak lagi. Kini, mereka sedang membangunkan projek baru yang dikenali sebagai SPDY yang dibaca sebagai “SPeeDY”.

SPDY merupakan salah satu kemaskini daripada HTTP, yang mana mengurangkan latency, dan membolehkan web dilayar lebih 2 kali ganda lebih pantas. Buat masa ini, web menggunakan HTTP, iaitu suatu protokal yang mana dibangunkan sebagai standard untuk web sejak 1996 selepas beberapa siri eksperimen. HTTP juga telah membuat sumbangan besar kepada komuniti web, dan untuk menambahbaik dan memperkenalkan perkara baru dan menginovasikan web, Google memperkenalkan SPDY.

HTTP (singkatan bagi Hypertext Transfer Protocol, bahasa Melayu: Protokol Pemindahan Hiperteks) ialah suatu protokol perisian yang digunakan untuk memindahkan maklumat melalui Jaringan Sejagat dan intranet. HTTP dibangunkan secara bersama oleh Konsortium Jaringan Sejagat (W3C) dan Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (IETF). Versi terkini bagi HTTP ialah HTTP/1.1. [via]

SPDY telah dibangunkan sejak beberapa bulan yang lepas, dan daripada beberapa ujian yang dilakukan, Google melihat penambah-baikkan pada prestasti dan web boleh dilayari dengan 55% lebih pantas berbanding biasa. Ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, dan masih belum bersedia untuk digunakan buat masa sekarang ini.

SPDY juga mungkin merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh Google dalam memperkenalkan sistem operasi Google Chrome mereka, yang mana akan banyak bergantung kepada cloud-computing, dan kelajuan akan menjadi suatu perkara utama untuk memudahkan para pengguna menggunakan aplikasi berasaskan internet kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd