YouTube Bakal Memperkenalkan Video Penuh HD – 1080p

YouTube Bakal Memperkenalkan Video Penuh HD – 1080p

Diterbitkan pada November 13, 2009 oleh .

YouTube secara rasminya mengumumkan yang mana servis streaming video tersebut akan menyokong penuh tontonan video berkualiti tinggi, iaitu beresolusi 1080p yang mana dikenali juga sebagai Full HD. Buat masa ini, fungsi kualiti tinggi pada YouTube membolehkan video ditonton pada resolusi 720p.

Buat masa ini, YouTube mengatakan bahawa lebih separuh video telah pun di-encode menjadi 1080p, dan fungsi Full HD bakal diperkenalkan dalam masa kurang seminggu lagi. Buat masa kini, hanya lebih kurang 10% video sahaja dimainkan dalam bentuk kualiti tinggi. Ini adalah disebabkan kebanyakkan penyedia jalur lebar mengehadkan penggunaan bandwith, selain kualiti jalur lebar yang masih lemah dibeberapa negara.

Selain daripada fungsi Full HD, YouTube juga bakal mengurangkan kebergantungan kepada Flash, sebaliknya akan lebih mengguna-pakai fungsi HTML5 yang mana membolehkan video dan media dimainkan pada pelayar web tanpa keperluan plugin tambahan.


TIPS & ULASAN