Yahoo! Messenger 10 Di Lepaskan

Yahoo! Messenger 10 Di Lepaskan

Diterbitkan pada November 13, 2009 oleh .

Yahoo! baru sahaja melepaskan Yahoo! Messenger 10 versi penuh kepada umum. Pembangun Yahoo! telah membangunkan Yahoo! Messenger 10 ini sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini membawakan versi stabil yang mana turut menyokong penuh Windows 7.

Yahoo! Messenger 10
Tab Updates Di Perkenalkan Pada YM! 10

Secara asasnya, Yahoo! Messenger 10, masih mengekalkan rekabentuk yang lebih kurang sama seperti Yahoo! Messenger 9, tetapi, beberapa fungsi baru telah ditambah, membuatkan YM kini makin menarik. Salah satu fungsi yang paling dinantikan adalah dimana melalui YM! 10 ini, Yahoo! membolehkan para pengguna membuat panggilan video pada masa-nyata dengan kualiti video dan audio yang bagus. Fungsi panggilan video membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan anda dalam keadaan skrin penuh, dan mengalami pengalaman membuat panggilan video yang menarik sekali.

Selain daripada panggilan video, YM! 10 juga membawakan tab terbaru yang dipanggil sebagai Updates, yang mana diperlihatkan sebelah tab Contatcs. Melalui tab Updates, anda boleh lihat kehidupan sosial rakan-rakan anda, dan kemaskini semasa mereka daripada laman-laman seperti Twitter, Flickr, Last.FM dan banyak lagi. Dengan ini, anda boleh berhubung dengan rapat lagi bersama-sama dengan rakan anda, dan mengikuti perkembangan mereka dengan mudah.

Anda boleh memuat-turun Yahoo! Messenger 10 sekarang, dan mencubanya sendiri.


TIPS & ULASAN