Twitter Bernilai Lebih $600 Juta?

Twitter Bernilai Lebih $600 Juta?

Diterbitkan pada November 13, 2009 oleh .

Twitter sering dikaitkan dengan beberapa ura-ura penjualan syarikat tersebut, seperti hendak dijual kepada Apple, Google dan sebagainya. Selalunya yang menjadi tanda tanya, adalah berapakah nilai Twitter kini? Suatu kajian ringkas mengatakan yang mana Twitter bernilai lebih kurang $600 juta.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Nextt Up Research, mereka mendapati servis blog-mikro ini berharga lebih kurang antara $526 juta hingga $674 juta, berdasarkan angka pengguna mereka yang mana lebih daripada 70 juta pengguna. Pada masa yang sama juga, mereka mensasarkan yang mana Twitter akan dapat menjana lebih $114 juta pada 2013, dan lebih $126 juta menjelang 2014.

Walaubagaimanapun, ianya hanyalah berdasarkan anggaran semata-mata dan laporan yang lebih jitu dijangka akan dikeluarkan menjelang awal tahun 2010, selepas Twitter mengumumkan pendapatan mereka secara rasminya.

Tips oleh MohdIsmail. Hantaran tips anda kepada @AmanFirdaus


TIPS & ULASAN