Google Chrome OS Dalam Masa Seminggu?

Google Chrome OS Dalam Masa Seminggu?

Diterbitkan pada November 13, 2009 oleh .

Walaupun tiada pengesahan daripada pihak Google, beberapa ura-ura hari ini mengatakan yang mana Google bakal melepaskan versi pembangunan pertama Google Chrome OS dalam masa seminggu lagi. Chrome OS merupakan sistem operasi yang dibangunkan oleh Google yang mana bakal menyerupai antaramuka pelayar web Chrome mereka.

gOS Cloud
Antarmuka gOS Cloud [via]

Buat masa ini, masih tidak disahkan secara rasmi oleh pihak Google, namun begitu, TechCrunch melaporkan yang mana mereka mendapat sumber berita tersebut daripada pihak yang boleh dipercayai. Sebelum ini, beberapa paparan antaramuka diperlihatkan oleh beberapa pihak mengatakan yang mana ianya merupakan Chrome OS, namun tiada sebarang paparan antaramuka yang datangnya secara terus daripada pihak Google.

Antaramuka Google Chrome OS?
Antaramuka Google Chrome OS Yang Masih Belum Di Sahkan

Chrome OS masih dinantikan oleh para pengguna komputer dunia, yang mana tidak sabar untuk melihat bagaimana sistem operasi daripada Google bakal kelihatan kelak. Sebelum ini, Google telah memperkenalkan Android yang mana kini menjadi pilihan ramai pembuat telefon bimbit pada masa kini.


TIPS & ULASAN