Tiada Bold 9000 dan Nokia N97 Mini Esok

Tiada Bold 9000 dan Nokia N97 Mini Esok

Diterbitkan pada November 13, 2009 oleh .

Bagi yang ke DiGi Internet Bonanza hari ini mungkin berasa kecewa kerana kesemua gajet yang ditawarkan habis dijual, melainkan hanya Modem. Walaubagaimanapun, DiGi tetap menawarkan gajet yang serupa, namun kini mereka turut memberitahu berapa unit akan dijual esok.

DiGi Bonanza
Tawaran DiGi Untuk Esok

Untuk hari Sabtu, iaitu esok, DiGi menawarkan sebanyak 800 unit Modem Broadband DiGi pada harga RM1 setiap satu, 44 unit BlackBerry Curve 8900 pada harga RM99 setiap satu, dan juga 31 unit HP Mini Netbook pada harga RM399 setiap satu. BlackBerry Bold 900 dan juga Nokia N97 Mini tidak ditawarkan esok kerana kehabisan stok.

DiGi Internet Bonanza yang berlangsung daripada 12 hingga 15 November 2009 ini berlangsung di 1Utama menawarkan gajet-gajet menarik kepada para pengguna pada harga yang amat rendah. Untuk menjayakan perkara ini, DiGi Telecommunications Sdn Bhd memperuntukkan sebanyak RM1 juta dalam bentuk gajet berkaitan internet yang mana boleh dibeli dengan harga diskaun serta rebat yang amat menarik.


TIPS & ULASAN