Microsoft Office 2010 Beta Tersebar Lebih Awal

Microsoft Office 2010 Beta Tersebar Lebih Awal

Diterbitkan pada November 13, 2009 oleh .

Sama seperti Windows 7 yang tersebar di laman-laman torrent sebelum ini, kini, Office 2010 turut mengalami perkara sama apabila versi pembangunan Office 2010 turut tersebar di beberapa laman-laman torrent. Microsoft dijangka akan melepaskan Office 2010 Beta kepada umum pada minggu hadapan.

Pada masa yang sama, beberapa paparan antaramuka Office 2010 Beta juga turut kelihatan di beberapa halaman web. Microsoft dijangka akan melepaskan Office 2010 Beta kepada umum pada bulan ini, dan beberapa ura-ura mengatakan yang mana ianya bakal dilepaskan kepada umum minggu hadapan bersempena dengan acara Professional Developer Conference yang mengambil tempat di Los Angeles.

Word 2010
Microsoft Office 2010 – Word 2010

Dengan melepaskan versi pembangunan kepada umum, Microsoft dapat menjimatkan kos ujian ke atas perisian dan aplikasi mereka, selain mendapatkan maklumbalas dengan lebih pantas serta dapat menyesuaikan perisian mereka mengikut citarasa para pengguna.

Pada masa yang sama, Microsoft juga sedang dalam pembangunan aplikasi pejabat mereka dalam versi dalam talian sama seperti Google Docs. Microsoft kelak akan menawarkan Word, Excel, PowerPoint dan juga OneNote secara dalam talian, dan ianya juga dijangka akan diperkenalkan pada minggu hadapan.

Tips oleh Awqi Zar. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


TIPS & ULASAN