Cari @ Amanz

Jika sebelum ini, Google mengambil kira faktor kandungan dan pautan masuk sebagai faktor-faktor dalam menentukan kedudukan sesuatu laman web pada hasil carian, perkara ini bakal berubah pada tahun hadapan. Ini kerana, kini, Google dalam perancangan untuk mengambil kira faktor kelajuan sesuatu laman web dalam menentukan kedudukan.

Google sendiri sentiasa mementingkan kelajuan. Pelayar web mereka sering dipertingkatkan untuk membawakan prestasi dan kelajuan dalam pelayar laman web. Selain daripada itu, Google juga turut sama sedang bereksperimen dengan bahasa pengaturcaraan baru, selain memperkenalkan protokol terbaru mereka yang dikenali sebagai SPDY, untuk mengantikan HTML.

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam perancangan pihak Google, dan mungkin mulai tahun hadapan, faktor kelajuan sesuatu laman web itu turut akan diambil kira sebagai salah satu faktor dalam menentukan kedudukan sesuatu laman web itu dalam kedudukan enjin carian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd